16 April, 2010

Judul Buku : KOLEKSI ULAMA NUSANTARA (Jilid 1)

Kandungan : Koleksi Ulama Nusantara ini merupakan himpunan karya-karya Hj. Wan Mohd Shaghir 'Abdullah mengenai sejarah biografi ulama Nusantara, yang pernah diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia, pada ruangan 'Ulama Nusantara', setiap hari Isnin, bermula tahun 2004 - 2009. Untuk jilid pertama ini adalah khusus untuk terbitan dalam tahun 2004 sahaja. InsyaAllah koleksi ini mengandungi 6 jilid, yang mana setiap jilid-jilidnya diasingkan mengikut tahun. Jilid pertama ini mengandungi 50 tokoh ulama yang terdiri dari serata Nusantara, dimulai dengan perbicaraan Tokoh Ulama dan Mufti Pulau Pinang iaitu Syeikh 'Abdullah Fahim. 
Ukuran : 29.8 x  20.9 cm
Halaman : 204 M/S

(InsyaAllah, nama/judul 50 tokoh ulama yang dibicarakan dalam koleksi ini akan dilampirkan pada pengemaskinian semula akan datang).

*******************************************************