28 April, 2010

PENGASAS KHAZANAH FATHANIYAH

Khazanah Fathaniyah ditubuhkan pada tahun 1995, atas inisiatif pengasasnya, Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir 'Abdullah. Beliau adalah seorang penulis dan pengkaji sejarah khazanah ulama silam Asia Tenggara, yang mula menjalankan penyelidikan dan pengembaraan seawal usia 12 tahun. Dikenali sebagai seorang yang sangat kuat memperjuangkan dan mempertahankan pegangan ulama silam dunia Melayu yang berpegang dengan aliran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. 
Sejarah penulisan beliau bermula telah sekian lama yang mana hanya menumpukan karya-karya berkaitan khazanah ulama silam alam Melayu. Beliau menghasilkan karya-karya berupa pelbagai koleksi yang menjadi sumber rujukan, antaranya koleksi transliterasi kitab, biografi ulama, koleksi kitab Melayu/ Jawi, koleksi kitab wakaf, koleksi surat dan pelbagai dokumen, koleksi artifak (berupa manuskrip, gambar dan sebagainya), koleksi karya ilmiah berupa artikel dalam akbar (seperti Utusan Malaysia, Berita Harian) dan majalah seperti majalah Dian, Dewan Budaya, Dakwah, Al-Islam dan Kiblat.

*Untuk mengetahui karya-karya beliau di awal pembabitan dalam penulisan, sila klik di sini.
*Untuk merujuk karya-karya beliau yang masih beredar hingga kini (terbitan Khazanah Fathaniyah), sila klik di sini.

*******************************************************************