Keterangan : Syeikh Abdus Shamad Palembang adalah seorang ulama shufi dunia Melayu yang terkenal. Syahidnya beliau membuktikan bahawa kalangan shufi juga turut berjuang dan berjihad, sekaligus menyangkal pendapat bahawa orang shufi hanya mementingkan zikir, uzlah dan suluk sahaja dan tidak mahu turut serta berjuang dan berjihad menegakkan syiar Islam dan kemaslahatan duniawi.
Dalam bidang penulisan ilmu keislaman pula, beliau adalah salah seorang daripada tiga tokoh ulama dunia Melayu yang menonjol. Selain beliau, dua tokoh yang dimaksudkan adalah Syeikh Daud al-Fathani dan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.
Kandungan : Membicarakan sejarah hidup Syeikh Abdus Shamad Palembang, meliputi asal-usul, kewafatan, pendidikan, sahabat-sahabatnya ulama yang terkenal, sebagai Syuhada di Fathani Darus Salam, karya-karyanya dan sebagainya. Turut dibicarakan dalam buku ini adalah mengenai Syeikh Syihabuddin dan Syeikh Muhammad Azhari bin 'Abdullah al-Falimbani dan pengenalan beberapa karyanya.

Ukuran : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 222 M/S
*******************************************************